Tuesday, July 15, 2008

Debat Bersejarah Anwar-Shabery




Ringkasan debat: http://www.malaysiakini.com/news/86174

Semalam, lepas tgk Ezora, terperasan mesej kat TV bgtau ada Debat Perdana antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek kul 9 kat TV9..ishh..tak leh miss nih...
abis je Buletin Utama terus melekat depan tv..

Debat berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak'.

Rugi la kalo miss tgk nih...husband aku siap suh wat reminder kat fon..heheh..

Aku tidak pro kepada mana-mana pihak...mmg aku tak layan sangat hal-hal politik ni...tapi sesi semalam memberi satu pandangan dan pendapat yang perlu kita sama-sama fikirkan dan pertimbangkan tanpa melibatkan personal.

Fakta dan angka yang dikemukakan adalah sesuatu yang tidak boleh diubah tapi mampu diolah dan diurus dengan baik oleh mereka yang berada di tampuk pemerintahan demi untuk kebaikan rakyat dan negara.

Personally aku mmg impress la ngan kredibiliti Anwar yang menyerang dengan fakta,matang dan berkarisma.Tak termakan dengan perlian yang bersifat peribadi si menteri. Anwar senyum je…Berdiri Anwar semalam bukan mewakili suara Pakatan tapi lebih kepada mewakili suara dan luahan rasa rakyat yang telah terbeban dengan keadaan ekonomi semasa Negara.

Kita tak tau apa yang akan berlaku selepas debat semalam...
mungkin pandangan beliau akan diambil kira..mungkin juga cerita ni cuma jadi cerita-cerita kat kedai kopi je...mungkin kah media berani nak panggil Anwar lagi untuk sama berdebat isu-isu negara...atau mungkin jugak debat tu tak beri impak apa-apa pun..sekadar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawasanya media tidak berat sebelah dan sentiasa memberi ruang pada sesapa jua...hmm...entahlah..

Sepatah kata-kata Nabil raja lawak.."Lu fikirlah sendiri...."


ni kat bawah aku quotekan tah sape punya komen pasal debat semalam..cousin aku emailkan je..


Shabery Cheek Bukan Lawan Anwar Ibrahim Sebuah kemunculan penuh berketrampilan, kaya dengan kredibiliti dan amat meyakinkan. Ia merupakan kemunculan semula Anwar Ibrahim di kaca televisyen secara langsung sejak sedekad setelah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Keterbukaan Kementerian Penerangan wajar diberikan pujian sekaligus melihatkan keterbukaan dan keberanian pihak Kerajaan untuk berdepan menangkis hujah Anwar yang sememangnya dikenali sebagai pendebat agung di era beliau sebagai mahasiswa.

Saya tidak pulang ke rumah awal walaupun segmen Gala TV diganti dengan program-program khas yang melibatkan Debat Khas tersebut, semata-mata ingin menyaksikan sejarah tersebut di pejabat Astro AWANI yang "mungkin" akan saya tinggalkan tidak lama lagi sekiranya semua berjalan lancar. :)

Satu kemenangan mutlak buat Anwar yang hanya berbekalkan hujah, fakta dan angka sekaligus melihatkan profesionalisme beliau yang pernah menjawat jawatan orang kedua paling penting dalam Kerajaan. Sebaliknya, Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang tebal irinya sekaligus menjadikan medan terbuka tersebut sebagai medan serangan peribadi sekaligus menidakkan kebijaksanaan seorang bergelar Menteri.

Medan yang sepatutnya digunakan sebagai ruang untuk menjelaskan isu harga minyak dan kaedah yang boleh digunakan untuk menurunkan harga minyak sebaliknya menjadi medan sorak serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim oleh Shabery Cheek. Malangnya itulah jenis Menteri yang telah diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpinnya.

Anwar hanya meminta diberikan ruang untuk menjelaskan berdasarkan fakta dan angka kepada rakyat. Ruang tersebut telah dipergunakan oleh Anwar sebaik mungkin tanpa sedikit pun membalas serangan peribadi dari Shabery Cheek. Jika ada pun, Anwar memberikan "one-liner" yang amat menikam, dalam senyum, ungkapannya tertusuk. Di situlah kebijaksanaan seorang pendebat. Meningkah hujah dalam sepicing saat, tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk bertindak balas.

Shabery Cheek bukan lawan Anwar. Najib Razak bukan lawan Anwar. Abdullah Badawi juga bukan lawan Anwar. Lawan Anwar yang sebenar-benarnya ialah Mahathir Mohamed. Itu sahaja individu yang boleh diharapkan untuk bersilat dengan Anwar di pentas terbuka.

"Kalau Petronas dan UMNO pun mereka tidak boleh bezakan, problem tu!". Jentik Anwar dalam salah satu hujahnya. Masalah harga minyak naik, bukan masalah untuk memburukkan Petronas, sebaliknya memperbetulkan ketamakan yang telah dilakukan oleh UMNO.

Penderitaan "
batin" yang ditanggung oleh Shabery Cheek yang telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia (saya yakin jutaan kerana jam 11 malam jalanraya di KL agak lengang) merupakan pendedahan terburuk seorang Menteri Kabinet di kaca televisyen. Pastinya ia akan terpahat dalam sejarah dan menjadi bahan jenaka sehingga ke tahun 2020 dan mungkin melangkaui tahun 2020.

Apakah selepas ini menyokong atas pagar Kerajaan akan melompat dan menyokong usaha Anwar Ibrahim ? Sesuatu perkembangan yang menarik untuk disusul. Sifat "gentleman" beliau yang tidak termakan umpan "cacing kerawit" itu dibalas dengan jawapan-jawapan bersandarkan fakta dan angka.

Apakah selepas ini Shabery Cheek akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Penerangan setelah dilihat gagal untuk menangkis hujah-hujah Anwar seperti yang beliau janjikan ? Ah ! Mungkin alasan "saya tidak akan meletakkan jawatan kerana Anwar" akan digunakan.

Apakah media arus perdana akan memberikan ulasan yang adil tentang "tragedi" yang berlaku terhadap ketua mereka esok ? Ah ! Mungkin saja tajuk utama akhbar esok berbunyi nada Kerajaan. Jika tidak pun berita Anwar harus menyerah diri sebelum pukul 2 petang menjadi tajuk utama.

"Harga minyak di Venezuela rendah, inflasi tinggi, harga minyak di Malaysia tinggi, inflasi lagi tinggi."

Pembohongan yang selama ini diselindungkan terbongkar walaupun didedahkan oleh Anwar tanpa rasa terburu-buru untuk menghabiskan hujahnya. Jelas itu bukan niatnya, sebaliknya lebih menumpukan kepada kaedah-kaedah dan usaha-usaha untuk menurunkan harga minyak serta mengurangkan kebocoran yang terlalu banyak masuk ke poket-poket yang tidak berkenaan.

Kata Shahrir Samad, "Jika benar niat Anwar untuk menjaga kebajikan rakyat-rakyat yang susah, kenapa hanya turunkan harga minyak petrol dan bukannya diesel. Rakyat-rakyat dan peniaga menggunakan diesel dan petrol digunakan oleh individu." Pulak dah, sang putar alam sudah mari...

Kalau yang menjadi lawan Anwar Ibrahim malam tadi ialah Mahathir Mohamed, saya pastinya akan menyokong bekas Perdana Menteri itu.

Saya merasakan amat perlu sekiranya program Debat secara langsung ini diteruskan dari masa ke semasa. Satu jam pun cukup. Ada banyak isu negara yang boleh dibincangkan secara terbuka. Jadi tidaklah rakyat sentiasa ditipu dek media perdana yang sering memanipulasi fakta dan memutar-belitkan cerita.

Nota : Mujur saya menolak secara baik dari muncul dalam program secara langsung bertajuk "Blog" yang disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam di RTM 1.

2 comments:

Timmy said...

aloooo... sejak bile memblog ni??? sejak ade bam2 ek? meh visit blog kite ye...

durra abd razak @ kocikin... said...

hmm..ada mata bukak..ada telinga dengar...ada akal..kena laa critical thinking..anwar is my fav. personality since secondary school- masa tu dia still menteri pendidikan..x tau naper..minat kat dia..ada aura kot..hehehe...apa pun..selamat berblog...i have mine too..senang2 visit laa ek