Monday, July 28, 2008

Swimming Activity








Semalam lepak kat umah adik ipar...sebenarnya nak bawak Naufal swim kat swimming pool apartment diorg...cuaca pun elok je..redup je...Nisrin pun sampai tertido tunggu abgnya abis mandi...hehehe...enjoy the piccas..

Wednesday, July 23, 2008

I Need A Break

Last Friday..memandangkan waktu rehat yang agak panjang, aku dan 2 lagi ofismet bergegas ke satu spa di Jalan Yap Kwan Seng..ishh..sempat lg tuh..heheh...

Teruja masa kitorg berkunjung ke Beauty and Health Convention masa kat KLCC tahun lepas...so, kitog amik trial package nih...

ok la..worth trying...

Hmm...something yang jarang sangat aku buat...tapi apa salahnya...sesekali memanjakan diri....

~front desk~


~teh halia~

~ product display~

~ruang menunggu~


Member aku cakap...."tempat ni mengghairahkan..." hahaha!!

Cheng Ho

~some of the big paintings here~


Waa...dah lama tingin nak p sini... ramai dah mmber duk ckp-ckp pasal food kat sini....kena try gak ni....akhirnya....bawak my special fren Ija yang datang dari Sabah...
Saja suka nak wat surprise kat Ija..well actually surprise kat kitorg gak..heheh..ye la..tak penah pegi..nak order apa pun tak tau...argghh..lantak la..dah teringin sangat,kan...


~the interior~





sbb tempat ni dah jadi tumpuan ramai,better buat early reservation..kalo tak, jenuh nunggu la cam kitorg...bout half an hour gak la nunggu...baru dapat masuk...nasib baik leh order dulu...

so,tak lama duduk tu food dah terhidang.. kitorg makan ape ekk...? tgk je la ye..heheh...


~may fav dish - Buttered Prawn..hmm..yummy!! siap 2 kali order...hehe ~

~tom yam..sori tak ingat nama penuh tom yam nih~


~siakap steam Nyonya Style ~

~air tembikai..hubby ckp sedap...heheh..tp mmg bagus la..blend tak rasa serdak2 nya... ~

~same goes to jus epal ijau dia... ~


main drink....green tea...ni pun ok gak...kira boleh lalu kat tekak la...

So..amacam..? rasa nak pegi jugak tak? :-)






Tuesday, July 15, 2008

Debat Bersejarah Anwar-Shabery




Ringkasan debat: http://www.malaysiakini.com/news/86174

Semalam, lepas tgk Ezora, terperasan mesej kat TV bgtau ada Debat Perdana antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek kul 9 kat TV9..ishh..tak leh miss nih...
abis je Buletin Utama terus melekat depan tv..

Debat berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak'.

Rugi la kalo miss tgk nih...husband aku siap suh wat reminder kat fon..heheh..

Aku tidak pro kepada mana-mana pihak...mmg aku tak layan sangat hal-hal politik ni...tapi sesi semalam memberi satu pandangan dan pendapat yang perlu kita sama-sama fikirkan dan pertimbangkan tanpa melibatkan personal.

Fakta dan angka yang dikemukakan adalah sesuatu yang tidak boleh diubah tapi mampu diolah dan diurus dengan baik oleh mereka yang berada di tampuk pemerintahan demi untuk kebaikan rakyat dan negara.

Personally aku mmg impress la ngan kredibiliti Anwar yang menyerang dengan fakta,matang dan berkarisma.Tak termakan dengan perlian yang bersifat peribadi si menteri. Anwar senyum je…Berdiri Anwar semalam bukan mewakili suara Pakatan tapi lebih kepada mewakili suara dan luahan rasa rakyat yang telah terbeban dengan keadaan ekonomi semasa Negara.

Kita tak tau apa yang akan berlaku selepas debat semalam...
mungkin pandangan beliau akan diambil kira..mungkin juga cerita ni cuma jadi cerita-cerita kat kedai kopi je...mungkin kah media berani nak panggil Anwar lagi untuk sama berdebat isu-isu negara...atau mungkin jugak debat tu tak beri impak apa-apa pun..sekadar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawasanya media tidak berat sebelah dan sentiasa memberi ruang pada sesapa jua...hmm...entahlah..

Sepatah kata-kata Nabil raja lawak.."Lu fikirlah sendiri...."


ni kat bawah aku quotekan tah sape punya komen pasal debat semalam..cousin aku emailkan je..


Shabery Cheek Bukan Lawan Anwar Ibrahim Sebuah kemunculan penuh berketrampilan, kaya dengan kredibiliti dan amat meyakinkan. Ia merupakan kemunculan semula Anwar Ibrahim di kaca televisyen secara langsung sejak sedekad setelah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Keterbukaan Kementerian Penerangan wajar diberikan pujian sekaligus melihatkan keterbukaan dan keberanian pihak Kerajaan untuk berdepan menangkis hujah Anwar yang sememangnya dikenali sebagai pendebat agung di era beliau sebagai mahasiswa.

Saya tidak pulang ke rumah awal walaupun segmen Gala TV diganti dengan program-program khas yang melibatkan Debat Khas tersebut, semata-mata ingin menyaksikan sejarah tersebut di pejabat Astro AWANI yang "mungkin" akan saya tinggalkan tidak lama lagi sekiranya semua berjalan lancar. :)

Satu kemenangan mutlak buat Anwar yang hanya berbekalkan hujah, fakta dan angka sekaligus melihatkan profesionalisme beliau yang pernah menjawat jawatan orang kedua paling penting dalam Kerajaan. Sebaliknya, Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang tebal irinya sekaligus menjadikan medan terbuka tersebut sebagai medan serangan peribadi sekaligus menidakkan kebijaksanaan seorang bergelar Menteri.

Medan yang sepatutnya digunakan sebagai ruang untuk menjelaskan isu harga minyak dan kaedah yang boleh digunakan untuk menurunkan harga minyak sebaliknya menjadi medan sorak serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim oleh Shabery Cheek. Malangnya itulah jenis Menteri yang telah diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpinnya.

Anwar hanya meminta diberikan ruang untuk menjelaskan berdasarkan fakta dan angka kepada rakyat. Ruang tersebut telah dipergunakan oleh Anwar sebaik mungkin tanpa sedikit pun membalas serangan peribadi dari Shabery Cheek. Jika ada pun, Anwar memberikan "one-liner" yang amat menikam, dalam senyum, ungkapannya tertusuk. Di situlah kebijaksanaan seorang pendebat. Meningkah hujah dalam sepicing saat, tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk bertindak balas.

Shabery Cheek bukan lawan Anwar. Najib Razak bukan lawan Anwar. Abdullah Badawi juga bukan lawan Anwar. Lawan Anwar yang sebenar-benarnya ialah Mahathir Mohamed. Itu sahaja individu yang boleh diharapkan untuk bersilat dengan Anwar di pentas terbuka.

"Kalau Petronas dan UMNO pun mereka tidak boleh bezakan, problem tu!". Jentik Anwar dalam salah satu hujahnya. Masalah harga minyak naik, bukan masalah untuk memburukkan Petronas, sebaliknya memperbetulkan ketamakan yang telah dilakukan oleh UMNO.

Penderitaan "
batin" yang ditanggung oleh Shabery Cheek yang telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia (saya yakin jutaan kerana jam 11 malam jalanraya di KL agak lengang) merupakan pendedahan terburuk seorang Menteri Kabinet di kaca televisyen. Pastinya ia akan terpahat dalam sejarah dan menjadi bahan jenaka sehingga ke tahun 2020 dan mungkin melangkaui tahun 2020.

Apakah selepas ini menyokong atas pagar Kerajaan akan melompat dan menyokong usaha Anwar Ibrahim ? Sesuatu perkembangan yang menarik untuk disusul. Sifat "gentleman" beliau yang tidak termakan umpan "cacing kerawit" itu dibalas dengan jawapan-jawapan bersandarkan fakta dan angka.

Apakah selepas ini Shabery Cheek akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Penerangan setelah dilihat gagal untuk menangkis hujah-hujah Anwar seperti yang beliau janjikan ? Ah ! Mungkin alasan "saya tidak akan meletakkan jawatan kerana Anwar" akan digunakan.

Apakah media arus perdana akan memberikan ulasan yang adil tentang "tragedi" yang berlaku terhadap ketua mereka esok ? Ah ! Mungkin saja tajuk utama akhbar esok berbunyi nada Kerajaan. Jika tidak pun berita Anwar harus menyerah diri sebelum pukul 2 petang menjadi tajuk utama.

"Harga minyak di Venezuela rendah, inflasi tinggi, harga minyak di Malaysia tinggi, inflasi lagi tinggi."

Pembohongan yang selama ini diselindungkan terbongkar walaupun didedahkan oleh Anwar tanpa rasa terburu-buru untuk menghabiskan hujahnya. Jelas itu bukan niatnya, sebaliknya lebih menumpukan kepada kaedah-kaedah dan usaha-usaha untuk menurunkan harga minyak serta mengurangkan kebocoran yang terlalu banyak masuk ke poket-poket yang tidak berkenaan.

Kata Shahrir Samad, "Jika benar niat Anwar untuk menjaga kebajikan rakyat-rakyat yang susah, kenapa hanya turunkan harga minyak petrol dan bukannya diesel. Rakyat-rakyat dan peniaga menggunakan diesel dan petrol digunakan oleh individu." Pulak dah, sang putar alam sudah mari...

Kalau yang menjadi lawan Anwar Ibrahim malam tadi ialah Mahathir Mohamed, saya pastinya akan menyokong bekas Perdana Menteri itu.

Saya merasakan amat perlu sekiranya program Debat secara langsung ini diteruskan dari masa ke semasa. Satu jam pun cukup. Ada banyak isu negara yang boleh dibincangkan secara terbuka. Jadi tidaklah rakyat sentiasa ditipu dek media perdana yang sering memanipulasi fakta dan memutar-belitkan cerita.

Nota : Mujur saya menolak secara baik dari muncul dalam program secara langsung bertajuk "Blog" yang disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam di RTM 1.

Sunday, July 6, 2008

Menjadi pemaaf atau tidak

Came across a blog this morning..aku tertarik dgn topik yg diutarakan...and here is what I really want to share with u guys...


Mar 6 - Semalam oprah membawa topik ‘forgiveness’. Sejauh mana kita boleh memaafkan orang lain. Maka ditampilkan seorang wanita yg pernah ditembak di kepala oleh seorang remaja beberapa tahun dahulu. Wanita tersebut koma dan doktor hanya mengatakan chances utk dia hidup hanya 2% tapi Allah Maha Besar, dia dapat meneruskan hidupnya tapi dalam perjuangan yg agak besar. Perlu belajar semula utk berjalan, bercakap bahkan terpaksa berusaha utk belajar menelan makanan. Wanita ini kemudiannya bertemu dengan remaja yg menembaknya di penjara.Dia menggenggam tangan lelaki tersebut (setelah 12 tahun dipenjara) dan mengatakan dia telah memaafkan pemuda itu. Apa yg saya ingin timbulkan di sini..jika seorang yg bukan beragama islam boleh membawa sifat memaafkan yg begitu besar dan mungkin mustahil bagi sesetengah orang..kenapa kita yg dikurniakan agama yg sebgini lengkap tidak boleh berbuat begitu walau utk memaafkan atas kesilapan yg kecil..? Bila ditanya kenapa wanita ni ingin memaafkan lelaki yg buat hidup dia merana? Dia jawab,,jika saya tak maafkan dia saya mungkin sudah gila.. Rasa marah dan dendam pada seseorang boleh saja buat kita sakit hati dan teringat2 kesalahan orang lain pada kita. Maka kesan pada rasa marah itu sebenarnya lebih memudaratkan diri kita sendiri dari orang yg kita marah..its like you swallow poison every single day…selagi kemarahan itu ada, selagi itu fikiran kita akan fokus pada perkara tersebut..dan pastinya hati kita tidak tenang. http://www.dcckmona.com/blog//~


For me, it's not that easy to forgive and forget..we really must work hard to do so...dan tgk jugak tahap kesilapan yang dilakukan..
Ape pun aku percaya...kemaafan itu perlu diberi juga tak kira cepat atau lambat demi sebuah hubungan, kasih sayang dan ketenangan...

My Permata Hati

mcm tak caya ja...now that i'm a mother of two... i really love the feelings... satu perasaan halus yang tak dapat digambarkan...Ammar Naufal dan Areej Nisrin adalah satu anugerah yang tak ternilai...




ibu sayang kamu berdua...semoga jadi anak yang soleh dan solehah dan semoga kekal kasih sayang kamu adik beradik sampai bila-bila..ibu doakan kejayaan kamu berdua..dunia dan akhirat...